Friday, September 11, 2009


"argghhh!!!!...sesak la pulak jalan hari ni...
masa aku nak cepat, ada je masalah... kalau lambat nanti kedai mesti dah tutup. macam mana aku nak lukis batik malam ni? kaler pun dah habis,masa dah suntuk. em... tiga hari lagi pasti dato' Zul akan datang ambil kain batik yang ditempah untuk isterinya itu. habis la aku kalau tak siap.... sabar Tuah, kau pasti akan bertuah..."


"em....mungkinkah ini antara babak di dalam cerpen aku nanti??? Tunggu......"

Sunday, September 6, 2009

Hang Tuah


Puteri Hang Li Po
Keris Taming Sari
Kampung
Pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat
Hang Tuah dan Puteri gunung Ledang versi terbaru
Hang Tuah versi P. Ramlee
Lampu Gasolin..... ingatanku tiba-tiba terimbau kenangan lalu ketika di rumah lama, malam itu hujan lebat sekali, guruh turut serta memeriahkan suasana hujan. Tiba-tiba.. bummm... rumah kami gelap-gelita. Bukan rumah kami saja yang gelap, malah satu kampung menjadi gelap kerana penjana elektrik mengalami litar pintas. Kami agak kelam-kabut dalam kegelapan, dengan adikku yang masih kecil...merengek dan takut. Dengan bantuan lampu suluh, ayahku mencari lampu gasolin yang selalu dibawanya ke laut. lampu gasolin dipasang, cahayanya sangat terang.... kami pun kembali tenang.... kenangan di bawah sinaran lampu gasolin....

Teringat pula kepada Hang Tuah, rasanya pada zaman ini belum ada lampu gasolin... pada masa ini mereka menggunakan jamung... anda pernah lihat jamung? jamung ni diperbuat daripada daun kelapa yang sudah kering, zaman saya kecil dulu masih ada penggunaan jamung ini, tapi sekarang sudah jarang orang gunakan kerana sudah ada pelbagai kemudahan yang lebih moden...
mamun begitu, saya tidak pernah lupa pada jamung, rasanya saya masih ingat bagainama nak membuatnya...

Hang Tuah......


Hikayat Hang Tuah...
bila agaknya aku akan selesai membacanya?
em..... Hang Tuah.....
bila agaknya kau hendak memberikan 'tuah' kau kepadaku?