Friday, August 28, 2009














Laut biru mampu menenangkan sesiapa sahaja. bagi orang laut seperti aku, laut sudah sinonim dengan diriku, namun bagaimana dengan orang darat(jauh dari laut), apa yang mereka rasa pabila berhadapan dengan laut?

Ah! damai menjalar tika berhadapan hamparan permaidani biru yang terbentang, disusuli irama ombak-ombak kecil yang saling bertamparan, burung-burung bersyair senandung indah, daun-daun berdesir lembut.... rinduku memuncak.... wahai hamparan permaidani biru, aku akan pulang, bahteraku akan mengusapmu lembut, bermesra denganmu.... wahai hamparan permaidani biru, setandingkah bahtera pelayaranku dengan bahtera pelayaran Hang Tuah? ingin sekali aku bertemu Hang Tuah, bertukar fikiran tentang gelora jiwamu wahai hamparan permaidani biru....

awalan bicara


Hang Tuah berpencak keris dihulur,
Keris dihulur bukan menentang;
Awal kata salam dihulur,
Hamba mengucap selamat datang.